Menampilkan visi dan pendekatan terkini Sekretariat Sabah Maju Jaya dalam memimpin pembangunan negeri.
Sekretariat Sabah Maju Jaya ditubuhkan untuk membudayakan ketepatan dalam setiap keputusan dan tindakan. Berpegang kepada prinsip "What is right is not necessarily correct, but what is correct must be right", yang bermaksud setiap keputusan bukan sahaja berlandaskan keadilan dan kebijaksanaan, tetapi juga ketetapan, berpandukan fakta dan kebenaran. Dengan mengamalkan cara berfikir "thinking without the box", kami di Sekretariat dituntut untuk mempunyai pemikiran yang lebih terbuka dan kreatif dalam menyelesaikan cabaran semasa dengan mencari penyelesaian inovatif dan future-proof, sejajar dengan aspirasi negeri ke arah pembangunan yang bersifat regenerative.
Laporan ini akan menyoroti usahasama yang kukuh, komitmen yang tidak berbelah bahagi, serta kemajuan signifikan yang telah dicapai dalam membentuk masa depan yang lebih makmur untuk Sabah.
Segala inisiatif ini berlandaskan nilai integriti, kreativiti, dan kemajuan dengan kerjasama erat antara Kementerian, Jabatan dan agensi-agensi Kerajaan Negeri.
SABAH MAJU JAYA HAK MILIK BERSAMA
◆
SABAH MAJU JAYA HAK MILIK BERSAMA
◆
SABAH MAJU JAYA HAK MILIK BERSAMA
◆
SABAH MAJU JAYA HAK MILIK BERSAMA
◆