Perutusan Ketua Pegawai Operasi

Perutusan Ketua Pegawai Operasi SSMJ

Pesanan dan pendekatan terkini terhadap pelaksanaan misi SSMJ di peringkat operasi.

YBHG. DATUK RAMLEE BIN KARIAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Malaysia Madani dan salam Sabah Maju Jaya. Selamat datang ke Portal Rasmi Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ), Jabatan Ketua Menteri.

Portal ini merupakan platform utama pemantauan dan penyampaian maklumat telus mengenai perjalanan pembangunan negeri Sabah. Berteraskan pencapaian kukuh Pelan Pembangunan SMJ 1.0, kita kini melangkah mantap ke fasa baharu menerusi penyediaan dan pelaksanaan Pelan Pembangunan SMJ 2.0 (2026 - 2030).

Pelan SMJ 2.0 ini dirangka bukan sekadar sebagai dokumen perancangan, tetapi sebagai obligasi dan komitmen padu kerajaan dalam memastikan setiap agenda pembangunan direalisasikan dengan cemerlang dan memberi impak nyata kepada rakyat.

Kejayaan Pelan Pembangunan SMJ 2.0 (2026 - 2030) dan penerokaan Ekonomi Biru ini memerlukan pemikiran baharu, kerja keras, dan keazaman yang tidak berbelah bahagi. Sekretariat SMJ bersedia memikul tanggungjawab ini dengan penuh keazaman demi memastikan setiap perancangan digerakkan sehingga mencapai kejayaan seperti dirancang.

SABAH MAJU JAYA HAK MILIK BERSAMA SABAH MAJU JAYA HAK MILIK BERSAMA SABAH MAJU JAYA HAK MILIK BERSAMA SABAH MAJU JAYA HAK MILIK BERSAMA