Inspirasi Pemimpin

Amanat YAB Ketua Menteri

Ketahui visi, aspirasi dan inspirasi pemimpin negeri yang memandu pembangunan Sabah Maju Jaya.

YAB DATUK SERI PANGLIMA HAJI HAJIJI BIN HAJI NOOR

"SABAH MAJU JAYA HAK MILIK BERSAMA"

Hala Tuju Sabah Maju Jaya (Pelan Pembangunan SMJ 1.0: 2021-2025)telah dijangka selaras dengan keperluan semasa bagi memastikan kemajuan holistik dan kesejahteraan rakyat di semua peringkat. Pelan ini dilancarkan pada 29 Mac 2021 ketika dunia berdepan cabaran ekonomi akibat pandemik COVID-19, dan kini pada 2025, pelaksanaannya telah menunjukkan hasil yang positif.

Sepanjang lima tahun pelaksanaan, pelbagai kejayaan telah tercapai dan agenda pembangunan Sabah kini berada di landasan yang tepat. Usaha ini akan terus diperkukuh melalui amanah baharu termasuk Program Menoktahkan Kemiskinan Tegar serta Inisiatif Penerokaan Sumber Ekonomi Baharu bagi memperkasakan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa komitmen penjawat awam sebagai tunjang perkhidmatan kerajaan. Penjawat awam negeri Sabah diseru agar terus berintegriti, kreatif dan komited dalam melaksanakan transformasi perkhidmatan awam.

Penerbitan Laporan Tahunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (Pelan Pembangunan SMJ 1.0: 2021-2025) bagi tahun 2025 bertujuan melaporkan pencapaian semua kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan Negeri serta menjadikan panduan dan rujukan untuk penambahbaikan berterusan.

Terima kasih kepada semua kementerian, jabatan, agensi, GLC, sektor swasta menjayakan pelan ini. Dengan semangat kerja berpasukan, kejujuran dan kesungguhan, Sabah pasti akan terus maju jaya.

SABAH MAJU JAYA HAK MILIK BERSAMA SABAH MAJU JAYA HAK MILIK BERSAMA SABAH MAJU JAYA HAK MILIK BERSAMA SABAH MAJU JAYA HAK MILIK BERSAMA