• Program Sentuhan
    Kasih Rakyat

    19 Febuari 2025
    Program ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan dan meningkatkan taraf hidup
    golongan B40 di Sabah. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, melancarkan program ini di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah, Tuaran.
  • Majlis Pelancaran Sabah International
    Blue Economy Conference

    19 Oktober 2024
    Majlis perasmian SIBEC 2024 yang telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Anwar bin Ibrahim,
    Perdana Menteri Malaysia diiringi oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.
  • Pelantikan Inisiatif Menoktahkan Miskin tegar
    di Negeri Sabah

    25 Januari 2024
    Majlis Penyerahan Surat Penyertaan & Pelantikan Inisiatif Menoktahkan Miskin Tegar di negeri Sabah yang telah disempurnakan oleh
    Ketua Menteri Sabah, YAB DSP Haji Hajiji bin Haji Noor di Shangri-La Rasa Ria, Pantai Dalit Tuaran.
SELAMAT DATANG
PORTAL RASMI
SEKRETARIAT
SABAH MAJU JAYA

MAKLUMAN TERKINI

Pengenalan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025

Program ini adalah selaras dengan pengumuman pembentangan Belanjawan 2025 Negeri Sabah yang telah disampaikan oleh Menteri Kewangan dalam Dewan Undangan Negeri Sabah yang lalu mengenai inisiatif pembasmian kemiskinan dengan pelaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat iaitu pemberian bantuan tunai khas RM 300 setiap bulan kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini bagi tempoh satu (1) tahun.

Ekonomi Biru Sabah

Selaras dengan Belanjawan 2024, Kerajaan Negeri berhasrat meneroka Ekonomi Biru yang bertujuan untuk pembangunan ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Disamping itu, Ekonomi Biru dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 seleras dengan Plan Pembangunan SMJ 1.0 (2021-2025).

KOLEKSI VIDEO

INFOGRAFIK SEKRETARIAT SSMJ

Petikan dan infografik terkini jawapan lisan keutamaan sidang dun sabah 2025

Visi dan Misi SMJ

“Peneraju Memudahcara Pencapaian Hala Tuju Sabah Maju Jaya”

Sabah Maju Jaya yang merupakan slogan Jata Negeri sejak sekian lama telah diangkat sebagai nama pelan pembangunan Negeri Sabah bagi tahun 2021-2025, untuk membawa citra inklusiviti, pemilikan bersama dan kebertanggungjawaban setiap anak Sabah untuk menjayakan agenda pembangunan negeri.

Hala Tuju Sabah Maju Jaya berfungsi sebagai panduan hala tuju dasar dan program kerajaan, seterusnya memandu arah pelaksanaan secara terancang dan strategik, untuk mencapai sasaran dan matlamat yang bertepatan dengan keperluan pembangunan negeri.

MISI SEKRETARIAT SMJ

  • Mengukuhkan kaedah memudahcara dengan sistematik.
  • Menyelaras dan memantau dengan mengadaptasi semangat berpasukan bersama kementerian, jabatan dan agensi.
  • Melaporkan pencapaian berintipatikan kebertanggungjawaban dan saksama.
  • Menterjemahkan inspirasi kerajaan negeri untuk dilaksanakan melalui plan tindakan dan tabir urus yang baik.

SABAH MAJU JAYA HAK MILIK BERSAMA

SABAH MAJU JAYA HAK MILIK BERSAMA

PENCAPAIAN

BUKU PELAN PEMBANGUNAN HALA TUJU SMJ DAN BUKU LAPORAN